top of page
College Student

SMU(A) AL-FALAH

Usaha, Maju, Berkat

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah

Kg. Siram

17000 Pasir Mas

Kelantan

Sejarah Penubuhan

Penubuhan SMU(A) Al-Falah, Siram

  Sekolah ini didirikan pada tahun 1958, tetapi diisytiharkan pada tahun 1959. Ia diasaskan oleh Tuan Guru Hj Sulaiman b. Hj Ngah. Pada peringkat awalnya, sekolah ini hanya mempunyai tiga orang tenaga pengajar sahaja iaitu Hj Sulaiman b. Hj Ngah sebagai pengetua, Hj Abdul hamid b. hj Ismail dan Yahaya b. Idris. Pada awal penubuhan, murid-muridnya belajar dibangunan sementara iaitu dipondok Ihsaniah. Bangunan sementara tersebut terlalu ringkas. Tiang-tiangnya diperbuat daripada batang nibong manakala rangka bumbungnya diperbuat daripada batang kayu bulat. Sementara itu, dinding bangunan tersebut hanya diperbuat daripada buluh. Kerusi dan mejanya juga diperbuat daripada buluh dan nsiap ditanam didalam tanah.  Hanya terdapat 50 orang pelajar pada awal penubuhan sekolah ini.

Asal Usul Nama Sekolah

Sekolah ini dinamakan Al-Falah kerana maksudnya iaitu kejayaan. Selain daripada itu, nama ‘Falah’ dipilih kerana sebelum sekolah ini ditubuhkan, kawasan ini merupakan hutan pokok palas (daunnya digunakan untuk membuat ketupat).

bottom of page